Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan antara sebuah negara dengan negara lain untuk tujuan mendapatkan keuntungan.
Peranan
1. Meningkatkan tukaran asing
- setiap barangan dan perkhidmatan yang dieksport akan membawa masuk pertukaran asing.
- kemasukan ini akan menambahkan pendapatan negara dan mewujudkan kestabilan ekonomi.
2. Meluaskan pasaran
- Keluaran yang mengalami lebihan dalam negara dipasarkan di peringkat antarabangsa
- Liputan pasaran bagi keluaran tersebut menjadi luas dan sasaran pasaran baru akan wujud.
- Keadaan ini meningkatkan keuntungan syarikat tersebut atau botch juga menyebarkan risiko kerugian syarikat
3. Meningkatkan guna tenaga
- Semakin banyak jenis keluaran dieksport, jumlah pekerja yang diperlukan untuk aktiviti pengeluaran akan meningkat
- Keadaan ini mewujudkan peluang pekerjaan
- Kesejahteraan ekonomi ke arah mencapai guna tenaga penuh akan tercapai
4. Pemindahan teknologi
- Perniagaan antarabangsa memerlukan sating bergantungan negara antara satu sama lain.
- Penggunaan teknologi yang canggih hasil saling bergantungan membantu mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti
5. Memperbaiki imbangan dagangan dan imbangan pembayaran
- Perniagaan antarabangsa dapat mewujudkan lebihan imbangan dagangan dan imbangan bayaran melalui peningkatan jumlah eksport
- Keadaan ini mewujudkan kestabilan ekonomi
6. Meningkatkan imej
- Penglibatan dalam perniagaan antarabangsa mempamerkan imej perniagaan yang telah berkembang
- Hubungan diplomatik yang erat dengan negara asing meningkatkan imej negara di dunia antarabangsa
7. Mengatasi masalah kekurangan sumber bahan mentah
- Perniagaan antarabangsa menyelesaikan masalah kekurangan bahan mentah di pasaran tempatan
- Sumber bahan mentah yang banyak dan murah, mahir dan berkualiti boleh diperoleh di negara asing
- Keadaan ini membantu mengurangkan kos.
8. Mengeratkan hubungan dengan negara asing
- Perniagaan antarabangsa melibatkan hubungan dua hala dan pelbagai hala antara negara
- Saling kebergantungan yang diperlukan mewujudkan semangat kerjasama Penyelesaian masalah mudah dilakukan dengan bantuan negara asing.
Jenis-jenis Perniagaan Antarabangsa
1. Import
1. Import
- Aktiviti menjual barangan dan perkhidmatan yang dibeli dari negara asing di pasaran tempatan
- Kegiatan ini mungkin membawa kepada imbangan bayaran defisit kerana ia mengakibatkan wang mengalir keluar negara.
- Contoh: Malaysia membeli kapal terbang perang MIG Soviet Union untuk kegunaan dalam negara
2. Eksport
- Aktiviti menjual barangan dan perkhidmatan tempatan ke pasaran asing
- Kegiatan ini mungkin membawa kepada imbangan bayaran lebihan kerana ia mengakibatkan wang mengalir masuk ke dalam negara
- Contoh: Malaysia menjual minyak kelapa sawit kepada Soviet Union.
3. Perkhidmatan
- Barang tidak boleh nampak yang boleh dieksport atau diimport
- Ia terdiri daripada kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh sesebuah negara
- Contoh: Khidmat jurulatih badminton dari Korea diimport ke Malaysia
4. Pembuatan
- Aktiviti memproses dan mengeluarkan barang keperluan pengguna secara besar-besaran di kilang
- Aktiviti ini boleh dilakukan dengan cara membuka kilang secara sendiri di luar negara atau melalui cara usahasama
- Contoh: Syarikat Intel menubuhkan kilang di Malaysia dan menggunakan sumber pengeluaran dan kemudahan di Malaysia yang murah untuk mengeluarkan alat elektronik dan dieksport semula
5. Kontrak pengeluaran
- Pemberian kebenaran daripada syarikat asing untuk mengeluarkan dan memasarkan alat-alat komponen, barang separuh siap atau barang siap di pasaran tempatan dan pasaran asing
- Syarikat asing akan memberi lesen untuk mengeluarkan dan memasarkan alat-alat komponen, barang separuh siap atau barang siap
- Syarikat tempatan dikehendaki membayar royalti kepada syarikat asing tersebut
6. Francais
- Pemberian kebenaran hak daripada francaisor kepada francaisi untuk menggunakan sebarang kepakaran pembuatan atau perkhidmatan, teknik pemasaran, cap dagang, paten dan sebagainya untuk mengeluarkan dan memasarkan produk
- Francaisor akan menyampaikan pengetahuan, imej, kepakaran pembuatan atau perkhidmatan dan teknik pemasaran kepada francaisi
- Francaisi akan membayar royalti kepada francaisor dan dibenarkan menggunakan nama syarikat dan menerima bantuan dari francaisor untuk memulakan perniagaan di sesuatu kawasan tertentu
- Perikatan antara dua atau lebih syarikat yang bertujuan untuk mengeksport barang dan perkhidmatan ke pasaran antarabangsa
- Syarikat-syarikat akan berkongsi tanggungjawab dan kos
- Keuntungan akan dibahagi mengikut jumlah pelaburan masing-masing
8. Perlesenan
- Pemberian kebenaran oleh licensor kepada licensi untuk mengeluarkan atau memasarkan jenama produk atau perkhidmatannya bagi satu tempoh tertentu
- Licensor memberi hak menggunakan proses pengeluaran, cap dagang, paten. rahsia niaga dan sebagainya yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatannya kepada licensi
- Licensi terpaksa membayar royalti kepada licensor
9. Pelaburan
- Firma asing melakukan pelaburan dengan memiliki aset asing untuk mendapatkan pulangan kewangan Ia dibahagi kepada pelaburan langsung dan pelaburan portfolio
- Firma asing melakukan pelaburan dengan memiliki firma tempatan
- Pemilikan ini membolehkan firma asing mempunyai kuasa mengawal firma tempatan
- Faktor yang mendorong pelaburan asing seperti ketiadaan sumber ash i di negara sendiri, keinginan untuk meningkatkan daya saingan kerana penyesuaian yang cepat terhadap keperluan di pasaran asing dan lain-lain.
- Firma asing melakukan pelaburan dengan membeli aset kewangan seperti bon, saham dan sebagainya yang diterbit oleh firma tempatan
- Tujuannya adalah untuk mendapat pulangan ke atas dana yang dilaburkan
10. Operasi serah kunci
- Syarikat asing merekabentuk, membina, menyiapkan kemudahan dan melatih pekerja tempatan untuk mengambil alih kemudahan yang dibina
- Apabila projek siap, syarikat asing akan menyerahkan kunci kemudahan kepada syarikat tempatan untuk mengendalikan kemudahan tersebut
- Yuran dan wang pendahuluan akan dikenakan ke atas syarikat tempatan yang terbabit dalam operasi tersebut kiR
Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian pergi ke atas dan di luar keperluan mereka untuk membantu saya dengan pinjaman saya yang saya gunakan memperluaskan perniagaan farmasi saya, Mereka adalah permata yang ramah, profesional, dan mutlak untuk bekerja dengan. Saya akan mengesyorkan sesiapa yang mencari pinjaman untuk dihubungi. Email..lfdsloans@lemeridianfds.com Atau lfdsloans@outlook.com.WhatsApp ... + 19893943740.
ReplyDelete