Friday, 26 April 2013

PERSEKITARAN PERNIAGAAN


Berdasarkan teori sIstem, sesebuah organisasi perniagaan itu tidak dapat berdikari. Organisasi perniagaan dikelilingi oleh elemen-elemen persekitaran yang berinteraksi dan mempengaruhi pembuatan keputusan dan tingkah lakunya. Sebelum para peniaga merancang strategi perniagaan, mereka perlu mengenali, menganalisa dan memahami keadaan persekitaran perniagaan terlebih dahulu. Namun, persekitaran perniagaan boleh ditinjau dari dua perspektif iaitu persekitaran perniagaan dalaman dan persekitaran perniagaan luaran.

Persekitaran Tugas (Pihak-pihak Yang Berkepentingan)
Persekitaran perniagaan dalaman sesebuah organisasi perniagaan terdiri daripada elemen-elemen perniagaan asas seperti pemilik perniagaan, pelabur, pekerja, pengguna dan pembekal. Elemen-elemen ini berinteraksi dan mempunyai hubungan langsung dalam pem,bentukan polisi, prosedur-prosedur dan system sesebuag organisasi perniagaan.
1. Pemilik Perniagaan
Pemilik perniagaan juga dikenali sebagai tuan punya atau "owner" perniagaan. Pemilik perniagaan terdiri daripada individu atau kumpulan-kumpulan individu yang telah menyumbangkan modal dan memiliki organisasi perniagaan. Pada amnya, pemilik perniagaan yang mengendali dan menjalankan operasi harian perniagaan. Penglibatan pemilik perniagaan secara langsung dalam operasi harian pasti akan mempengaruhi perjalanan perniagaan.
2. Pelabur
Pelabur juga merupakan pemodal organisasi perniagaan. Pelabur terdiri daripada individu, syarikat, institusi dan badan-badan yang ditubuhkan oleh kerajaan. Setengah-setengah pelabur menyuntikkan modal yang besar dalam organisasi perniagaan sama ada dalam bentuk mata wang ataupun teknologi yang tinggi kerana mereka mempunyai kepentingan dengan perniagaan yang berkenaan. Pelabur demikian akan bergiat dalam perjalanan perniagaan tersebut. Mereka inginkan pulangan yang baik.
Ada juga pelabur yang menyumbangkan modal dalam organisasi perniagaan melalui pembelian saham atau syer . Mereka akan membeli saham organisasi perniagaan apabila harganya rendah dan menjual apabila harganya meningkat. Pelabur demikian merupakan pemilik organisasi perniagaan yang pasif. Mereka, pada amnya, tidak terlibat secara aktif dalam menjalankan perniagaan.
Pelabur menyumbangkan modal dalam sesebuah organisasi perniagaan bertujuan untuk memperolehi keuntungan. Matlamat pulangan pelaburan yang telah ditetapkan oleh pelabur nescaya mempengaruhi keputusan, dasar serta aktiviti-aktiviti perniagaan. Oleh itu, organisasi perniagaan perlu mengambil tindak-tanduk yang dapat memenuhi kehendak pelabur jangka masa pendek dan juga pelabur jangka masa panjang.
3. Pekerja
Pekerja merupakan sumber manusia yang penting dalam sesebuah organisasi perniagaan. Pekerja terlibat secara langsung dalam operasi perniagaan. Oleh itu, pekerja dibayar gaji dan juga faedah-faedah lain seperti cuti sakit, cuti tahunan, bonus dan sebagainya, dilindungi oleh kesatuan sekerja dan juga kerajaan.
Interaksi pekerja dengan perniagaan perlu diberi perhatian yang rapi. Namun, pengambilan pekerja, hubungan perindustrian diantara pemilik perniagaan dan kesatuan sekerja serta kerajaan akan memberi kesan kepada penentuan bentuk sistem, dasar, perancangan strategi dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan perniagaan.
4. Pengguna
Pengguna merupakan individu, institusi, firma dan kerajaan yang perlu diberi keutamaan oleh organisasi perniagaan. Kejayaan sesebuah organisasi perniagaan amat bergantung kepada kepada golongan pengguna. Permintaan golongan pengguna terhadap barangan atau perkhidmatan atau kedua-duanya yang disediakan oleh organisasi perniagaan menetapkan sejauh manakah pencapaian objektif / matlamat organisasi perniagaan iaitu mendapat keuntungan.
Kehendak atau citarasa pengguna mempengaruhi keputusan organisasi perniagaan terhadap jenis atau barangniaga yang hendak ditawarkan di pasaran. Organisasi perniagaan harus sentiasa menilai sama ada keluarannya dapat memenuhi kehendak pengguna atau tidak. Sekiranya keluaran yang ditawarkan oleh organisasi perniagaan itu tidak diminati dan tidak disambut baik oleh pengguna, maka organisasi perniagaan akan menanggung risiko tidak terjual yang tinggi dan ini pasti merugikannya.
Selain itu, keluaran organisasi perniagaan perlu mempunyai inovasi, berkreativiti dan berkembang maju supaya keperluan dan citarasa pengguna selari dengan perkembangan teknologi dunia hari ini.
5. Pembekal
Pembekal membekalkan bahan yang diperlukan oleh organisasi perniagaan untuk dijadikan barangniaga yang boleh dijual dan memenuhi citarasa pengguna. Pembekal sendiri juga peniaga yang mendapat keuntungan daripada jualan bahannya kepada organisasi perniagaan lain seperti kedai runcit, pasaraya.
Pembekal sentiasa berinteraksi dengan organisasi perniagaan. Pada hakikatnya, kedua-duanya saling memerlukan diantara satu sama lain dalam dunia perniagaan. Interaksi diantara pembekal dan organisasi perniagaan banyak memberi kesan kepada penetapan corak perjalanan / operasi dan kemajuan sesebuah organisasi perniagaan. Hubungan baik dengan pembekal adalah perlu untuk menjamin perjalanan / operasi sesebuah organisasi perniagaan tidak terganggu dan terus berkembang.
6. Sistem dan Prosedur
Selain faktor-faktor persekitaran perniagaan dalaman  yang telah dibincangkan tadi, semua prosedur dan sistem organisasi yang diamalkan akan turut mempengaruhi keputusan perniagaan yang dibuat oleh pihak pengurusan. Keputusan perniagaan yang dibuat berdasarkan prosedur dan sistem organisasi yang diamalkan akan mengarah organisasi perniagaan itu ke arah pencapaian matlamatnya.

Persekitaran Umum
Persekitaran perniagaan luaran terdiri daripada elemen-elemen yang berinteraksi dan mempengaruhi organisasi perniagaan secara tidak langsung. Diantaranya elemen-elemen persekitaran perniagaan luaran ialah persaingan, persekitaran ekonomi, persekitaran teknologi, persekitaran sosiobudaya, persekitaran politik dan undang-undang, institusi kewangan dan persekitaran global / antarabangsa.
1. Persaingan
Dalam sistem ekonomi kapitalis, organisasi perniagaan sering menghadapi persekitaran persaingan yang dinamik. Persaing iaitu organisasi perniagaan lain yang mengeluarkan barangniaga atau perkhidmatan yang sama, boleh menentukan daya tahan dan kreativiti, kemajuan dan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi perniagaan di dunia perniagaan. Persaing cuba membaiki produk mereka supaya dapat berdaya saing dengan produk pengeluar lain malah menguasai pasaran. Contohnya, di bidang automobil Proton telah berjaya mengeluarkan kereta yang dapat berdaya saing dengan pengeluar-pengeluar kereta yang lain di Malaysia. Dengan perkataan lain, persaingan boleh memberi kesan secara tidak langsung kepada perjalanan sesebuah organisasi perniagaan.
2. Ekonomi
Dalam perancangan organisasi perniagaan baik jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang, peniaga-peniaga harus prihatin dan peka kepada perubahan ekonomi. Keadaan ekonomi baik ekonomi tempatan mahupun ekonomi antarabangsa atau global, banyak berinteraksi dengan organisasi perniagaan. Ia akan mempengaruhi operasi, prestasi dan dasar sesebuah organisasi perniagaan. Misalnya, apabila kadar faedah pinjaman asas (Base Lending Rate [BLR]) bank meningkat, tanggungan pembiayaan pinjaman organisasi perniagaan turut bertambah. Begitu juga dengan peningkatan kadar inflasi. Kos pengeluaran akan meningkat apabila kadar inflasi meningkat. Peningkatan kadar inflasi akan mengakibatkan harga bahan mentah yang diperlukabn daripada pembekal turut naik. Untuk mempertahankan keuntungan dan meneruskan kewujudan organisasi perniagaan dengan peningkatan kos yang mendadak dalam pasaran, maka peniaga terpaksa bertindak sama ada menurunkan kos pengeluaran dan mencari barangan pengganti bagi bahan-bahan mentah yang digunakan selama ini ataupun menaikkan harga jualan barangniaga di pasaran. Persekitaran ekonomi yang sering berubah akan memberi kesan secara langsung serta merumitkan lagi pihak peniaga untuk menetapkan pengurusan organisasi perniagaannya.
3. Teknologi
Perkembangan teknologi terutamanya teknologi maklumat yang pesat akan memberi kesan secara langsung kepada organisasi perniagaan. Perkembangan teknologi banyak membantu perkembangan organisasi perniagaan. Misalnya, operasi organisasi perniagaan seperti proses pengeluaran dengan penggunaan mesin berteknologi tinggi dan canggih dapat mengurangkan kesilapan manusia dan menurunkan kos pengeluaran. Kerja-kerja pengurusan pejabat seperti merekod, menyediakan Penyata Kewangan dan sebagainya dikendali dan dipermudahkan dengan penggunaan sistem komputer. Aktiviti perniagaan iaitu pembelian dan penjualan barangan dan perkhidmatan melalui perdagangan elektronik  atau “e-commerce” dapat mengurangkan belanja dan masa.
Walaupun perkembangan teknologi membawa kesan yang positif kepada organisasi perniagaan, tidak dapat dinafikan bahawa ia juga mendatangkan kesan-kesan negatif atau sampingan seperti peningkatan kesesakan lalu lintas serta pencemaran udara dan air akibat pembuangan sisa-sisa toksik, tenaga buruh digantikan oleh mesin, interaksi dengan mesin berbanding dengan manusia dan sebagainya. Oleh itu, amalan pendekatan yang seimbang perlu diutamakan. Faedah dan kebaikan daripada penggunaan teknologi moden dan canggih dipetik. Pada masa yang sama, kesan-kesan sampingan akibat penggunaan teknologi moden dan canggih itu perlu diminimumkan.
4. Institusi Kewangan
Organisasi perniagaan tidak dapat mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan institusi kewangan. Institusi kewangan merupakan salah satu elemen persekitaran luaran perniagaan yang juga mempengaruhi organisasi perniagaan. Organisasi perniagaan yang ingin meluaskan atau mengembangkan lagi aktiviti perniagaannya tetapi tidak mempunyai modal yang cukup boleh mendapatkan kemudahan pinjaman seperti pinjaman jangka masa pendek, kemudahan “overdraft” dan sebagainya daripada institusi kewangan. Modal dapat memberi kesan yang ketara kepada jenis, saiz dan aktiviti-aktiviti perniagaan yang akan diusahakan.
Apabila dasar institusi kewangan itu berubah seperti mengurangkan jumlah pemberian kredit, menghadkan pemberian kredit kepada jenis-jenis perniagaan tertentu, meningkatkan kadar faedah pinjaman asas (BLR) dan sebagainya, organisasi perniagaan yang membuat pinjaman terpaksa menanggung peningkatan liabiliti yang signifikan. Misalnya, kenaikan kadar faedah pinjaman asas secara mendadak semasa kegawatan ekonomi pada tahun 1997 menyebabkan banyak organisasi perniagaan mengalami kemerosotan. Kerajaan Malaysia terpaksa mengarahkan semua institusi kewangan di Malaysia menurunkan kadar faedah pinjaman untuk menyelamatkan ekonomi negara Malaysia. Langkah penurunan kadar faedah pinjaman asas daripada institusi kewangan dapat memberi nafas baru kepada organisasi perniagaan yang menghadapi masalah kewangan serta pemulihan semula ekonomi Malaysia.
5. Sosial dan Budaya
Dalam dunia perniagaan, penilaian terhadap persekitaran social dan budaya tidak dapat diringankan kerana masyarakat yang menggunakan barangniaga dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh organisasi perniagaan mempunyai tahap sensitivity tersendiri. Setiap masyarakat seperti masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai nilai-nilai etika yang tersendiri mengikut bangsa dan agama.
Organisasi perniagaan perlu menghormati perbezaan nilai-nilai etika di kalangan masyarakat. Misalnya, makanan yang dikeluarkan khas untuk masyarakat beragama Islam di Malaysia diwajibkan mempamerkan logo “halal” daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kesedaran tentang perbezaan, keinginan untuk mempelajari, mengetahui dan memahami perbezaan dan persamaan nilai-nilai etika yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat dapat membantu organisasi perniagaan untuk maju dan mengembangkan perniagaannya sepanjang masa.
6. Persekitaran Politik dan Undang-undang
Organisasi perniagaan juga harus prihatin dan peka kepada persekitaran politik dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan di tempat ia beroperasi. Perniagaan tidak dapat dipisahakan daripada kuasa politik. Ia mungkin menyulitkan aktiviti-aktiviti organisasi perniagaan atau memberi peluang kepada organisasi perniagaan. Misalnya, untuk melindungi dan mengembangkan industri kereta yang baru, kerajaan Malaysia sebagai pemegang kuasa politik mengenakan kadar cukai import yang tinggi terhadap kemasukan barangan seperti komponen dan alat ganti kereta dari negara luar. Tindakan kerajaan Malaysia ini akan memberi tekanan kepada pengimport barangan yang berkaitan. Pada masa yang sama, ia juga memberi kebaikan dan sokongan kepada peniaga tempatan.
Selain itu, undang-undang dan peraturan yang digubahkan bertujuan menjamin etika perniagaan. Misalnya, undang-undang jualan langsung (Direct Sale) bertujuan untuk memberi perlindungan kepada para pembeli dan pengguan terakhir. Persekitaran politik yang stabil dan undang-undang yang sempurna membolehkan oragnisasi perniagaan terus beroperasi dan berkembang.
7. Global / Persekitaran Antarabangsa
Pada era globalisasi, operasi perniagaan tidak lagi terhad kepada persekitaran luaran setempat. Para peniaga tempatan harus bersedia dan menyusun strategi dan merancang perniagaannya supaya benar-benar berdaya saing dengan peniaga-peniaga antarabangsa. Keadaan politik, ekonomi dan perkembangan teknologi semasa di negara-negara asing banyak berinteraksi dan memberi kesan yang signifikan kepada perjalanan perniagaan di negara tempatan. Misalnya, kegawatan ekonomi yang berlaku di Malaysia pada tahun 1997 telah menjejaskan sedikit sebanyak negara-negara barat yang mengeksport industri pendidikan mereka. Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk membekukan penghantaran pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara. Tindakan kerajaan Malaysia sedemikian secara tidak langsung memaksa banyak institusi pengajian tinggi luar negara untuk menawarkan biasiswa atau mengurangkan yuran pengajian kepada pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara.

Thursday, 25 April 2013

JENIS-JENIS ENTITI PERNIAGAAN DI MALAYSIA

Pemilikan Tunggal (Enterprise) 


Seksyen 4, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 mentafrifkan perniagaan tunggal sebagai perniagaan yang ditubuhkan, dipunyai, dibiayai dari segi kewangan dan pegurusannya dikendalikan oleh seorang individu sahaja. Ia lazimnya melibatkan perniagaan secara kecil-kecilan.

Jenis perniagaan ini selalunya dimiliki oleh orang perseorangan dimana segala urusan perniagaan bergantung kepadanya. Tanggung jawab pemilik tunggal adalah tidak terhad. Sekiranya perniagaan tersebut gagal dan diistiharkan bankrupt, sipiutang (Creditors) boleh menyaman pemilik bagi menuntut hutang. Mereka yg mendapat arahan mahkamah boleh menuntut diatas harta persendirian pemilik tunggal. Termasul rumah, kereta dan sebagainya. Walau bagaimanpun entiti perniagaan ini senang dan mudah ditubuhkan kerana kurangnya formaliti yang perlu dipatuhi.


Perkongsian (Partnerships) 

Sebuah perkongsian ditubuhkan dengan mendaftarkan penubuhannya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Perkongsian wujud dengan berbagai cara, antaranya :
Persetujuan menjalankan perniagaan di antara dua individuPersetujuan menjalankan perniagaan perkongsian di antara dua ahli perniagaan (peniaga milik tunggal) tidak kira bentuk asal sama ataupun tidak selepas bergabung, asalkan bersetuju menjalankan perniagaan bersama.

Persetujuan antara dua pihak (individu dan peniaga) menjalankan perniagaan bersama bagi tujuan bantuan modalTiada klausa dalam Akta Perkongsian 1961 menyebut tentang bilangan maksimum pekongsi, hanya menyatakan bilangan minimum pekongsi iaitu 2 orang. Namun Seksen 14(3)(b) Akta Syarikat ada menyatakan bilangan maksimum pekongsi sesebuah perkongsian ialah 20 orang. Walau bagaimanapun bagi perniagaan berbentuk profesional seperti guaman, akauntan dan arkitek, keahliannya boleh meningkat sehingga 50 orang.

Dari segi perundangan perkongsian tidak dianggap entiti berasingan dengan pekongsi (liabiliti tidak terhad). Ini bermakna segala urusan yang dibuat oleh seseorang pekongsi akan mengikat perkongsian keseluruhannya. Contoh : Jika pemiutang (Creditors) menuntut wang dari perkongsian, setiap perkongsi bertanggungjawab melunaskan tuntutan tersebut. Jika mana2 pekongsi gagal melunaskan tuntutan tersebut, pekongsi lain wajib membantu untuk melunaskannya. Dari segi perundangan, perkongsian tidak dianggap entiti berasingan dengan pekongsi. Rujukan Seksyen 7, 8, 11 dan 12 Akat Perkongsian 1961.

Terikat dengan surat ikatan perjanjian di antara rakan kongsi. Surat perjanjian perkongsian menentukan kuasa & tanggungjawab rakan kongsi & syarat-syarat lain.Rakan2 kongsi dikhendaki menyumbang modal menikut nisabh modal yang persetujui dalam Artikel PerkongsianKeuntungan dan kerugian diagihkan kepada rakan kongsi mengikut syarat-syarat dan nisbah modal yang disumbangkan seperti dalam Artikel Perkongsian.


Syarikat Berhad (Sendirian, Sendirian Berhad Dan Berhad)

Ditubuhkan dibawah undang-undang Syarikat yang mempunyai hak dibawahnya untuk menjalankan aktiviti perniagaan, memiliki atau menjual harta, meminjam wang, mengambil dan diambil tindakan oleh mahkamah dan membuat perjanjian dengan senarang entiti.

Syarikat Berhad adalah perniagaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965 dan terbahagi kepada 3 bentuk :
  • Sendirian
  • Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)
  • Berhad (Bhd.)
Syarikat Sendirian Berhad dan Berhad adalah terhad dengan saham.


SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN. BHD.)

  • Dikawal dibawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan entiti yang sah terpisah daripada pemilik.Dimiliki oleh 2 -50 orang pemegang saham.
  • Pemilik Syarikat mempunyai liabiliti terhad.
  • Pemilik/pemegang saham syarikat menyumbangkan modalSyarikat dianggota lembaga Pengarah sekurang-kurang 2 orang untuk mengetahuai dasar dan matlamat Syarikat.
  • Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham Syarikat berhak untuk mengawal Syarikat tersebut.
  • Saham Syarikat boleh dijual beli tetapi tidak dilakukan di pasaran di pasaran terbuka.Penjualan mesti dengan persetujuan pemegang saham yang lain.
  • Tidak disenaraikan di BSKL.
  • Jangka hayat perniagaan adalah panjang.
  • Boleh dikenali dengan mudah, ada perkataan Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) pada akhir nama Syarikat. Contoh : Rasa Sayang Sdn. Bhd.

Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menajanya, Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dan satu-satu masa.

Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu, Mempunyai namanya sendiri, Boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri di Mahkamah, Mempunyai alamat yang tertentu, Mempunyai aset atas namanya sendiri, Tertubuhnya bersepanjang sehingga tindakan diambil bagi membubarkannya, (perpetual seccession) walaupun ada di antara ahli-ahlinya yang meninggal dunia.

Kelebihan:
  • Liabiliti perniagaan adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja.
  • Kontuniti atau Syarikat terjamin – iaitu Syarikat tidak akan dibubar dengan kematian seseorang pemegang saham.
  • Kemudahan untuk mendapat modal.
  • Kemudahan dari segi penukaran hakmilik.
  • Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh perundangan.
  • Potensi untuk perkembangan luas.
  • Pemilik saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan.

Kekurangan:
  • Rumit untuk diuruskan serta terikat dan tertakluk kepada Akta Syarikat.
  • Cukai Pendapatan yang tinggi.
  • Saham Syarikat tidak boleh dijualbeli melalui Pasaran Saham.


SYARIKAT AWAM BERHAD (BHD.)

Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad adalah agak sama dengan ciri-ciri Syarikat Sendirian Berhad. Perbezaannya adalah dari segi pemilikan perniagaan. Tiada hadnya bagi mereka yang ingin bagi Syarikat jenis ini. Menurut peruntukkan undang-undang, dihujung setiap nama Syarikat Awam Berhad mesti ditulis nama "Berhad". Pemegang saham bebas menjual dan membeli saham dipasaran saham tanpa memerlukan persetujuan dari sesiapa. Pekara-pekara lain seperti penubuhan, pendaftaraan syarikat, agihan keuntungan dan jangka hayat adalah sama seperti Syarikat Sendirian Berhad.

Syarikat Awam Berhad juga adalah di bawah takluk Akta Syarikat 1965, dan mempunyai sifat-sifat yang sama. Sesebuah Syarikat Sendirian Berhad yang telah berjaya dan ingin menambahkan ahli-ahlinya iaitu lebih daripada 50 orang hendaklah mengubah bentuknya daripada syarikat sendirian berhad kepada syarikat (Awam) Berhad (Public Ltd. Company) Bilangan ahli Syarikat Berhad ini tidak terhad tetapi hendaklah sekurang-kurang tujuh orang.


KOPERASI

Merupakan perniagaan yang dijalankan sekumpulan individu secara sukarela untuk menjaga kebajikkan ahli-ahlinya. Terdapat 2 bentuk koperasi iaitu :
  • Koperasi keahlian terhad - Terhad kepada jenis pekerjaan, kawasan dan latarbelakang seperti Koperasi Guru.
  • Koperasi keahlian bebas - Iannya terbuka kepada sesiapa saja untuk menjadi ahli seperti Koperasi Pengguna, Koperasi Perumahan
Mengikut Akta Koperasi 1948, koperasi mempunyai prinsip-prinsip seperti keanggota sukarela dan terbuka, perjalanan pengurusan secara demokrasi, bayaran untung atas saham yang terhad, pembahagian untung secara saksama, menggalakkan pendidikan koperasi dan bekerjasama secara aktif, di semua peringkat.

Koperasi ialah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawah Akta 502 (Akta Koperasi 1993) Malaysia. Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan manusia berasaskan semangat dan usaha kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial anggota-anggotanya.

Dalam ertikata lain, koperasi merupakan persatuan yang menjalankan aktiviti perniagaan yang bertujuan membantu dan meringankan beban anggota-anggotanya . Selain mendapat pulangan dalam bentuk dividen , anggota-anggotanya juga menikmati harga yang lebih murah dari pasaran dan kemudahan-kemudahan khas seperti pinjaman dan sebagainya, bergantung kepada koperasi yang dianggotainya.

Sesebuah koperasi ditadbirselia oleh sepasukan Anggota Lembaga yang dilantik secara demokrasi pada Mesyuarat Agung yang biasanya diadakan selepas tiap-tiap akhir tahun kewangan sesebuah koperasi itu. Seorang Pengerusi , Setiausaha dan Bendahari akan dilantik untuk mentadbir koperasi itu. Lantikan dibuat bedasarkan pada calon yang mendapat undi terbanyak. Setiap anggota berhak mencalonkan seseorang daripada kalangan anggota untuk jawatan Anggota Lembaga.
  • Sesebuah koperasi ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota-anggotanya manakala tujuan penubuhan sesebuah syarikat adalah untuk mencari keuntungan semata-mata.
  • Hak milik sesebuah koperasi adalah kepada anggota-anggotanya manakala sesebuah syarikat dipunyai pemegang saham syarikat tersebut.
  • Kawalan sesebuah koperasi dijalankan bedasarkan sistem demokrasi, berasaskan kepada satu anggota, satu undi . Kawalan sesebuah syarikat berhad pula dijalankan bedasarkan jumlah saham yang dipunyainya.
  • Keuntungan sesebuah koperasi dikongsi dikalangan anggota-anggotanya manakala bagi sesebuah syarikat pula, keuntungan dibahagikan antara pemegang-pemegang saham.
  • Nilai saham seseorang anggota koperasi adalah tetap dan boleh dikeluarkan semula. Saham sesebuah syarikat tidak boleh dikeluarkan semula dan nilainya tidak menentu.
  • Pertubuhan koperasi tertakluk kepada Akta Koperasi manakala syarikat tertakluk kepada Akta Syarikat.

BADAN BERKANUN 

Pada kebiasannya Badan Berkanun ditubuhkan oleh kerajaan yang bertujuan untuk membangunkan sesuatu industri atau menjaga kepentingan rakyat.
  • Diwujudkan melalui Akta Parlimen @ Enakmen Negeri.
  • Ditubuhkan secara perbadanan.
  • Mempunyai tugas dan kaedah pengoperasianya mirip sektor swasta.Contoh : KWSP, UDA, Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM), LHDN, Perbadanan Kemajuan Negeri dsb.
Beberapa badan berkanun di Malaysia telah diswastakan melalui dasar penswastaan dan pensyarikatan pada tahun 1980an seperti TNB dan Syarikat Telekom Malaysia.Mengabungkan matlamat sosial dengan keuntungan.

Monday, 22 April 2013

PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Definisi

Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan antara sebuah negara dengan negara lain untuk tujuan mendapatkan keuntungan. 

Peranan

1. Meningkatkan tukaran asing

  • setiap barangan dan perkhidmatan yang dieksport akan membawa masuk pertukaran asing.
  • kemasukan ini akan menambahkan pendapatan negara dan mewujudkan kestabilan ekonomi.

2. Meluaskan pasaran 

  • Keluaran yang mengalami lebihan dalam negara dipasarkan di peringkat antarabangsa
  • Liputan pasaran bagi keluaran tersebut menjadi luas dan sasaran pasaran baru akan wujud.
  • Keadaan ini meningkatkan keuntungan syarikat tersebut atau botch juga menyebarkan risiko kerugian syarikat

3. Meningkatkan guna tenaga 


  • Semakin banyak jenis keluaran dieksport, jumlah pekerja yang diperlukan untuk aktiviti pengeluaran akan meningkat
  • Keadaan ini mewujudkan peluang pekerjaan 
  • Kesejahteraan ekonomi ke arah mencapai guna tenaga penuh akan tercapai

4. Pemindahan teknologi 


  • Perniagaan antarabangsa memerlukan sating bergantungan negara antara satu sama lain.
  • Penggunaan teknologi yang canggih hasil saling bergantungan membantu mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti

5. Memperbaiki imbangan dagangan dan imbangan pembayaran


  • Perniagaan antarabangsa dapat mewujudkan lebihan imbangan dagangan dan imbangan bayaran melalui peningkatan jumlah eksport 
  • Keadaan ini mewujudkan kestabilan ekonomi

6. Meningkatkan imej 


  • Penglibatan dalam perniagaan antarabangsa mempamerkan imej perniagaan yang telah berkembang
  • Hubungan diplomatik yang erat dengan negara asing meningkatkan imej negara di dunia antarabangsa

7. Mengatasi masalah kekurangan sumber bahan mentah


  • Perniagaan antarabangsa menyelesaikan masalah kekurangan bahan mentah di pasaran tempatan
  • Sumber bahan mentah yang banyak dan murah, mahir dan berkualiti boleh diperoleh di negara asing
  • Keadaan ini membantu mengurangkan kos.

8. Mengeratkan hubungan dengan negara asing


  • Perniagaan antarabangsa melibatkan hubungan dua hala dan pelbagai hala antara negara 
  • Saling kebergantungan yang diperlukan mewujudkan semangat kerjasama  Penyelesaian masalah mudah dilakukan dengan bantuan negara asing.

Jenis-jenis Perniagaan Antarabangsa

1. Import
  • Aktiviti menjual barangan dan perkhidmatan yang dibeli dari negara asing di pasaran tempatan
  • Kegiatan ini mungkin membawa kepada imbangan bayaran defisit kerana ia mengakibatkan wang mengalir keluar negara.
  • Contoh: Malaysia membeli kapal terbang perang MIG Soviet Union untuk kegunaan dalam negara

2. Eksport
  • Aktiviti menjual barangan dan perkhidmatan tempatan ke pasaran asing
  • Kegiatan ini mungkin membawa kepada imbangan bayaran lebihan kerana ia mengakibatkan wang mengalir masuk ke dalam negara 
  • Contoh: Malaysia menjual minyak kelapa sawit kepada Soviet Union.

3. Perkhidmatan
  • Barang tidak boleh nampak yang boleh dieksport atau diimport
  • Ia terdiri daripada kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh sesebuah negara
  • Contoh: Khidmat jurulatih badminton dari Korea diimport ke Malaysia

4. Pembuatan
  • Aktiviti memproses dan mengeluarkan barang keperluan pengguna secara besar-besaran di kilang
  • Aktiviti ini boleh dilakukan dengan cara membuka kilang secara sendiri di luar negara atau melalui cara usahasama
  • Contoh: Syarikat Intel menubuhkan kilang di Malaysia dan menggunakan sumber pengeluaran dan kemudahan di Malaysia yang murah untuk mengeluarkan alat elektronik dan dieksport semula

5. Kontrak pengeluaran
  • Pemberian kebenaran daripada syarikat asing untuk mengeluarkan dan memasarkan alat-alat komponen, barang separuh siap atau barang siap di pasaran tempatan dan pasaran asing
  • Syarikat asing akan memberi lesen untuk mengeluarkan dan memasarkan    alat-alat komponen, barang separuh siap atau barang siap
  • Syarikat tempatan dikehendaki membayar royalti kepada syarikat asing tersebut

6. Francais
  • Pemberian kebenaran hak daripada francaisor kepada francaisi untuk menggunakan sebarang kepakaran pembuatan atau perkhidmatan, teknik pemasaran, cap dagang, paten dan sebagainya untuk mengeluarkan dan memasarkan produk
  • Francaisor akan menyampaikan pengetahuan, imej, kepakaran pembuatan atau perkhidmatan dan teknik pemasaran kepada francaisi
  • Francaisi akan membayar royalti kepada francaisor dan dibenarkan menggunakan nama syarikat dan menerima bantuan dari francaisor untuk memulakan perniagaan di sesuatu kawasan tertentu

7. Usahasama
  • Perikatan antara dua atau lebih syarikat yang bertujuan untuk mengeksport barang dan perkhidmatan ke pasaran antarabangsa
  • Syarikat-syarikat akan berkongsi tanggungjawab dan kos 
  • Keuntungan akan dibahagi mengikut jumlah pelaburan masing-masing

8. Perlesenan
  • Pemberian kebenaran oleh licensor kepada licensi untuk mengeluarkan atau memasarkan jenama produk atau perkhidmatannya bagi satu tempoh tertentu
  • Licensor memberi hak menggunakan proses pengeluaran, cap dagang, paten. rahsia niaga dan sebagainya yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatannya kepada licensi
  • Licensi terpaksa membayar royalti kepada licensor

9. Pelaburan
  • Firma asing melakukan pelaburan dengan memiliki aset asing untuk mendapatkan pulangan kewangan  Ia dibahagi kepada pelaburan langsung dan pelaburan portfolio
a. Pelaburan langsung:
  • Firma asing melakukan pelaburan dengan memiliki firma tempatan
  • Pemilikan ini membolehkan firma asing mempunyai kuasa mengawal firma tempatan
  • Faktor yang mendorong pelaburan asing seperti ketiadaan sumber ash i di negara sendiri, keinginan untuk meningkatkan daya saingan kerana penyesuaian yang cepat terhadap keperluan di pasaran asing dan lain-lain.
b. Pelaburan portfolio
  • Firma asing melakukan pelaburan dengan membeli aset kewangan seperti bon, saham dan sebagainya yang diterbit oleh firma  tempatan
  • Tujuannya adalah untuk mendapat pulangan ke atas dana yang dilaburkan

10. Operasi serah kunci
  • Syarikat asing merekabentuk, membina, menyiapkan kemudahan dan melatih pekerja tempatan untuk mengambil alih kemudahan yang dibina
  • Apabila projek siap, syarikat asing akan menyerahkan kunci kemudahan kepada syarikat tempatan untuk mengendalikan kemudahan tersebut
  • Yuran dan wang pendahuluan akan dikenakan ke atas syarikat tempatan yang terbabit dalam operasi tersebut kiR

Thursday, 4 April 2013

KONFLIK DALAM SESUATU ORGANISASI


Dalam sesebuah organisasi, konflik merupakan perkara lumrah dan sesuatu yang perlu di atasi, sekiranya fenomena ini dapat dikurangkan, kemantapan sesebuah organisasi akan bertambah dan seterusnya boleh mencapai matlamat kearah kegemilangan yang dingini.Konflik boleh berupa pergeseran dan pertentangan di antara dua pihak akibat perbezaan nilai, kehendak, pendirian dan perasaan dalam usaha memenuhi keperluan dan matlamat. Ia merupakan fenomena biasa apabila wujud interaksi di antara dua pihak atau lebih manusia dan sentiasa berlaku dari masa kesemasa. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menangani kesan negatif akibat konflik dan salah satu pendekatan yang popular adalah pendekatan kaunseling . 

Punca-Punca Konflik. 

Dalam sesebuah organisasi pekerjaan, konflik bukan sahaja berlaku di antara pekerja dengan majikan atau di antara satu jabatan dengan jabatan lain malah sering juga berlaku konflik interpersonal dan konflik dalaman. Di antara punca-punca berlakunya konflik adalah : 

1. Halangan untuk mencapai sesuatu matlamat oleh satu atau lebih pihak lain merupakan punca utama berlakunya konflik dalam sesebuah organisasi atau antara individu. Contohnya, keinginan seorang atau sebuah jabatan untuk mengajurkan seminar atau majlis untuk kepentingan diri atau organisasi dihalang oleh pihak lain kerana sebab-sebab tertentu boleh menimbulkan konflik. 

2. Kekurangan sumber seperti kewangan, tenaga kerja dan fizikal yang terhad untuk diagihkan dengan adil kepada semua pihak. Merujuk kepada contoh di atas, halangan untuk mengadakan seminar atau majlis tertentu mungkin disebabkan oleh peruntukan kewangan atau tenaga kerja yang terhad. 

3. Tiadanya koordinasi di antara dua atau beberapa pihak seperti pergantungan maklumat kepada pihak lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Contohnya matlamat bahagian personel sesebuah organisasi untuk membuat pengambilan tenaga kerja baru telah terhalang kerana tiada maklumat lengkap mengenai keperluan tenaga kerja daripada ketua jabatan daripada bahagian-bahagian lain. Bagi konflik interpersonal ia bolah disebabkan oleh perasaan iri hati atau cmburu dengan kejayaan orang lain. 

4. Dasar dan struktur perkhidmatan yang diamalkan oleh sesebuah organisasi. Konflik mungkin berlaku dalam soal struktur gaji. Contohnya perbezaan gaji yang terlalu jauh di antara struktur perjawatan atau gaji sama dalam struktur perjawatan tetapi beban tugas yang berlainan. Begitu juga dengan dasar sesebuah organisasi yang terlalu mementingkan keuntungan tanpa mempertimbangkan keselesaan tempat bekerja dan kebajikan pekerja. 

Tanda-Tanda Wujudnya Konflik. 

Tanda-tanda yang paling mudah untuk menentukan wujudnya konflik di antara dua atau lebih pihak adalah dengan terdapatnya rungutan-rungutan oleh sesuatu pihak.

Tanda-tanda lain yang menunjukkan wujudnya konflik dalam sesebuah organisasi adalah pekerja saling menyalahkan antara satu sama lain, wujudnya sabotaj antara individu atau jabatan, perasaan benci kepada individu atau jabatan, sering berlaku pertukaran pekerja atau pekerja itu ditukarkan dan prestasi pencapaian organisasi yang rendah. 

Kesan Konflik 

Konflik yang berlaku diantara dua atau lebih individu serta pihak boleh memberi kesan kepada pihak-pihak terbabit. Kesan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan positif (konstruktif) dan kesan negatif (distruktif). Bagi kesan positif, konflik yang berlaku boleh menyebabkan sikap berlumba-lumba untuk mencapai sesuatu matlamat. Dengan adanya sikap ini hasil atau prestasi sesuatu kerja akan meningkat.

Selain itu konflik juga dapat menyedarkan individu atau pihak organisasi mengenai kelemahan yang terdapat dan sekirannya mereka berfikiran positif, usaha untuk memperbaikinya akan dilakukan dan ini dapat meningkatkan kerjasama dan keharmonian ditempat kerja. Seterusnya ia menggalakkan berlakunya perubahan yang membina. Selain itu, konflik juga menggalakkan seseorang itu memikirkan punca sesuatu masalah dengan lebih mendalam, meningkatkan motivasi untuk menyelesaikan masalah dan memahami emosi serta tingkah laku diri sendiridan orang lain dalam usaha mewujudkan satu penyesuaian atau perseimbangan. 

Konflik yang berlaku juga boleh menghasilkan kesan negatif. Boleh menimbulkan sikap benci membenci, kemurungan, permusuhan, saling tidak percaya, tuduh menuduh, tiadanya kerjasama, sabotaj dan sebagainya. Yang pastinya semua ini akan dapat menganggu keharmonian hubungan interpersonal dan jika ia berlaku dalam sesebuah organisasi, ia akan membantutkan usaha mencapai matlamat organisasi keseluruhannya. Oleh itu pihak tertentu seperti kaunselor dalam organisasi tersebut perlu memainkan peranannya untuk mencegah konflik daripada berlaku dan memulihkan keadaan sekiranya terdapat konflik yang mendatangkan kesan negatif

Saturday, 30 March 2013

KESELARASAN STRUKTUR ORGANISASI

  • Adalah proses untuk mendapatkan keseimbangan antara struktur kawalan menegak dan mendatar
  • Struktur menegak berkait rapat dengan pengawalan, kestabilan dan kecekapan dalam mencapai matlamat
  • Struktur mendatar pula lebih ke arah pembelajaran inovasi dan fleksibiliti
  • Hubungan kompleks antara tugas, aliran kerja dan tanggungjawab untuk mencapai matlamat.

Struktur Organisasi


Rajah 1


Struktur organisasi ke arah kecekapan dan pembelajaran



Rajah 2

1. Struktur fungsian
  • menggunakan pengkhusunan tugas dan rantaian arahan yang ketat untuk mendapatkan kecekapan penggunaan sumber yang terhad
  • tidak memboloehkan organisasi untuk menjadi fleksibel atau inovatif 

2. Struktur mendatar 
  • membolehkan organisasi untuk membezakan mereka dan memberi tindak balas yang cepat ke atas perubahan
  • penggunaan sumber yang lebih cekap

3. Struktur rangkaian maya
  • sangat fleksibel
  • tindak balas yang sangat pantas untuk memenuhi perubahan keperluan bagi persekitaran dan pasaran 

4. Fungsi dengan hubungan mendatar, struktur bahagian dan struktur matriks
  • mewakili langkah perantaraan di dalam organisasi untuk kecekapan atau inovasi dan pembelajaran.









Monday, 4 March 2013

STRUKTUR DALAM ORGANISASI

  • Terdapat dua bentuk struktur iaitu horizontal dan vertikal
  • Horizontal merupakan bentuk hirarki yang rendah manakala vertikal merupakan bentuk hirarki yang tinggi

Struktur Horizontal

1. Kerja dilakukan antara jabatan dan jabatan, terdapat beberapa bentuk jabatan iaitu: 

  • Berdasarkan fungsi - Contoh Jabatan Kewangan, Kejuruteraan, Pemasaran
  • Berdasarkan lokasi geografi - Contoh Lokasi dan Negara
  • Berdasarkan produk - Contoh Bahagian Kasut, beg tangan dan jam
  • Berdasarkan pelanggan - Contoh Bahagian Lelaki, Wanita, Kanak-kanak

2. Aspek penting dalam struktur horizontal ialah "line" dan "line-staff organisation"

  • "Line organization" - Selalunya untuk jabatan kecil dan melakukan semua kerja, pengurusan dan penjualan
  • "Line-Staff organization" - "Line" untuk mengeluarkan dan menjual produk manakala "staff" adalah untuk aspek pengurusan

3. Contoh struktur horizontal


Contoh 1


Contoh 2

Struktur Vertical

1. Merujuk pada kedalaman struktur. Pembezaan dan tahap kerumitan meningkat, kerana jumlah tingkat dalam hierarki di dalam organisasi bertambah. 

2. Makin banyak tingkat yang terdapat di antara "top management" dan tahap hierarki yang paling rendah, makin sukarlah komunikasi ingin disampaikan

  • Contoh di  Kilang Kereta - Terdapat Bahagian badan kereta, "Moulding-check quality", "Screw-check quality", "accessories-check quality", pemasangan dan pelbagai lagi.

3. Contoh struktur vertikal 


Contoh 1



Contoh 2